fbpx

Insiden Pulau Angsa: Kotak hitam helikopter APMM dihantar ke Itali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saifuddin pada sidang akhbar selepas Majlis Perjumpaan Bersama Warga Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) di Ibu Pejabat APMM, hari ini. Foto FAIZ ALIF ZUBIR

PUTRAJAYA – Kotak hitam helikopter AW139 milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) yang terhempas di perairan Pulau Angsa, Kuala Selangor dihantar terus ke Itali untuk dianalisa bagi mengetahui punca nahas.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat, baru-baru ini.

Beliau berkata, kotak hitam helikopter itu dihantar ke Itali memandangkan pengeluar helikopter itu iaitu Agusta beribu pejabat di negara itu.

“Kami temui sedikit kesan kerosakan yang memerlukan kotak hitam pesawat jenis Agusta Westland AW139 itu terus dianalisis oleh pengeluarnya,” katanya ketika ditemui pada majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri APMM, di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, kotak hitam helikopter itu berjaya ditemui pada 17 April lalu iaitu 44 hari selepas pesawat itu melakukan pendaratan cemas ketika melaksanakan latihan menyelamat di sekitar perairan Pulau Angsa, Kuala Selangor pada 5 Mac lalu.

Mengulas insiden serangan menyebabkan kecederaan anggota Maritim Malaysia di perairan Kunak, Sabah pada 7 April lalu, Saifuddin berkata, anggota terbabit iaitu Bintara Muda Maritim Zainal Abad Komel, 45, masih dalam bercuti bagi merawat kecederaan dialami. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI