fbpx

Guru besar disyaki kemuka tuntutan palsu RM1.3 juta direman 6 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Guru besar (kanan) dan dua suspek lain (kiri dan empat dari kanan) direman bagi membantu siasatan mengemukakan tuntutan palsu di Mahkamah Majistrer Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memperolehi perintah untuk menahan reman seorang guru besar selama enam hari sehingga Ahad ini bagi membantu siasatan dakwaan mengemukakan tuntutan palsu berjumlah lebih RM1.3 juta.

Wanita berusia 46 tahun disyaki mengemukakan tuntutan palsu bagi pembekalan makanan asrama dan kontrak pembersihan sebuah sekolah rendah di Terengganu.

Dua individu lain masing-masing seorang wanita dan lelaki berusia 34 tahun masing-masing pengurus dan penyelia sebuah syarikat pembekalan turut direman selama dua hari bagi membantu siasatan kes sama.

Perintah reman tersebut dibenarkan Penolong Kanan Pendaftar, Yuhanis Mohd. Roslan di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Tiga suspek itu disiasat mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2019.

Kosmo! hari melaporkan ketiga-tiga suspek ditahan sewaktu memberi keterangan berhubung kes itu di pejabat SPRM Terengganu di sini pada pukul 11 pagi semalam.

Sumber memberitahu, mereka disyaki mengemukakan tuntutan pembekalan makanan terhadap 100 murid sedangkan asrama sekolah itu hanya mempunyai 35 murid.

Beliau berkata, perbuatan itu dipercayai kesemua suspek dilakukan pada tahun lalu dan 2022. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI