fbpx

As-Sofa bakal ada 5,000 hufaz al-Quran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Para hufaz As-Sofa bergambar kenangan bersama ulama dunia pada Majlis meraikan 500 penghafal al-Quran di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR – Peneraju pendidikan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ), Kumpulan Pendidikan As-Sofa yakin dapat melahirkan 5,000 hufaz al-Quran sebagai misi dan visinya dalam tempoh lima tahun akan datang.

Pengarang Urusan Kumpulan Pendidikan As-Sofa, Ustaz Amirul Isma Md. Yusuf berkata, perancangan itu berdasarkan kejayaan pihaknya melahirkan 500 hufaz semenjak penubuhannya pada tahun 1997.

Katanya, tiada yang mustahil untuk merealisasikan hasrat itu ekoran pelbagai prasarana, kemudahan dan tenaga pengajar yang berkualiti serta berpengalaman telah disediakan oleh pihaknya pada masa kini dan akan datang.

“Kami telah menubuhkan 18 buah institusi pendidikan berteraskan al-Quran bermula daripada tadika hingga ke peringkat pengajian tinggi iaitu Kolej Islam As-Sofa

“Hufaz yang dilahirkan melalui As-Sofa bukan sahaja mahir dalam cabang al-Quran dan hadis, malah ada dalam kalangan mereka bergelar doktor dan pakar dalam bidang akademik,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, beliau hadir pada Majlis Meraikan 500 Hufaz al-Quran dan pelajar yang berjaya mengkhatamkan Sahih Bukhari yang mengandungi 7,000 hadis Nabi SAW di Hotel Mandarin Oriental di sini.

Majlis itu turut dihadiri oleh ulama ASWJ terkemuka dunia antaranya, Profesor Dr. Sayyid Toha al Idrisi, Sayyid Khalid al Idrisi, Sayyid Walid al Idrisi, Syeikh Uthman Ibn Tayyib Andari yang merupakan Syeikh Qura’ Tunisia merangkap penasihat al-Quran dan Qiraat di As-Sofa serta Pengasas As-Sofa, Datuk Muhammad Fuad Kamaludin.

Menurut Amirul Isma, selain itu, pelajar yang menyambung pengajian di institusi itu berpeluang bertemu dengan ulama dunia selain belajar secara bersanad yang sampai kepada Rasulullah SAW.

Tambahnya, As-Sofa juga bakal melebarkan sayapnya sebagai peneraju ASWJ dengan menubuhkan institusi al Quran iaitu As Sofa Quranic Centre yang beroperasi di tiga buah negara iaitu Malaysia, Singapura dan London.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI