fbpx

Pasangan tunang ditahan rempuh lans koperal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis yang cedera parah akibat dilanggar suspek di Jalan Tanjung Rambutan-Chemor di Ipoh semalam. - Foto PDRM

IPOH – Polis menahan seorang lelaki dan tunangnya kerana disyaki terbabit melakukan cubaan bunuh ke atas anggota polis berpangkat Lans Koperal yang sedang bertugas di Jalan Tanjung Rambutan-Chemor, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, pasangan kekasih warga tempatan berusia 33 dan 34 tahun itu diberkas di kawasan Tanjung Rambutan.

Katanya, dalam tangkapan itu, pihak polis turut merampas sebuah kereta yang dipercayai digunakan semasa kejadian.

“Ujian saringan air kencing yang dijalankan mendapati suspek lelaki positif dadah jenis THC selain mempunyai 17 rekod kesalahan lampau bersabit kes jenayah dan narkotik.

“Semakan juga mendapati, suspek wanita terbabit memiliki dua rekod lampau bersabit kesalahan jenayah,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, kedua-dua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Ipoh esok untuk permohonan reman di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu cubaan bunuh.

“Berikutan kejadian menimpa anggota terbabit, polis membuka kertas siasatan kes mendatangkan kecederaan parah dengan niat membunuh.

“Bertindak atas maklumat yang diperoleh, kedua-dua suspek berjaya ditangkap dalam tempoh kurang 24 jam dari masa kejadian,” katanya.

Tambah beliau, siasatan akan dilengkapkan segera bagi membolehkan ia dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya bagi tujuan pendakwaan.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI