fbpx

Sikap itu sendiri selain gaji rendah terlibat rasuah – Razarudin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Razarudin ketika sidang akhbar selepas Walkabout di Pasar Pagi Pandamaran, hari ini.

KLANG – Gaji rendah bukan merupakan faktor keseluruhan terlibat dalam rasuah sebaliknya lebih kepada sikap seseorang anggota atau pegawai polis itu sendiri.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pendedahan terhadap aspek integriti perlu dipertingkatkan supaya kredibiliti polis terus ada bagi mengelakkan masyarakat terus hilang kepercayaan kepada kita.

“Memang saya akui, gaji itu merupakan salah satu faktor. Kalau dibandingkan dengan Singapura tiada rasuah sebab gaji kecil. Itu negara kecil. Kita sendiri ada 137,000 dan akan bertambah pada tahun ini dengan kemasukan 4,000 lagi (pegawai dan anggota polis).

“Saya mengambil indikator sebegini. Kalau gaji konstabel rendah, dia masuk RM1,441 dengan elaun dapatlah RM2,500. Duduk di Kuala Lumpur memang miskin bandar namun kalau duduk di Kuala Nerang, Besut, Belaga, gaji itu banyak. Kalau duduk di Kinabatangan dan Beluran, gaji itu juga banyak dan mendapat elaun kesusahan antara RM500 hingga RM1,000.

“Memang di pihak kita ada membawa isu ini kepada kerajaan. Sekiranya kerajaan memikirkan dengan kewangan yang ada, kerajaan akan membuat sesuatu dengan gaji (anggota polis),” katanya pada sidang akhbar selepas program Walkabout di Pasar Pagi Pandamaran di sini, hari ini.

Beliau turut menjelaskan bahawa masih terdapat kes-kes melibatkan rasuah melibatkan golongan atasan dengan mempunyai pendapatan yang banyak.

“Kalau gaji konstabel ini sikit dan terlibat dalam rasuah, saya boleh bagi peratusannya. Namun kita juga biasa dengan berita apabila ada pengarah syarikat dan agensi pun ditangkap. Adakah gaji mereka sedikit.

“Justeru, ini lebih kepada sikap seseorang itu dan apa yang ada pada naluri mereka,” tegasnya.

Ketika ditanya pemberita sama ada syarat pengambilan dan kemasukan anggota atau polis akan diperketatkan, Razarudin menjelaskan perkara itu akan dibincangkan pihaknya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI