fbpx

Shuk Sahar seronok ketawakan kisah silam sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHUK SAHAR

BARU-BARU ini beberapa kali juga video podcast Shuk Sahar lalu-lalang dalam ruangan media sosial Diva.

Pada mulanya macam seronok nak dengar sesi perkongsian pengalamannya sebagai anak seni tetapi lama-kelamaan, naik menyampah pula.

Satu demi satu aib sendiri dilondehkannya dalam temu bual podcast tersebut. Antara pengalaman yang dikongsinya ialah ketika dia dibuang kerja sebagai penyampai radio kerana merakam segmen yang sepatutnya bersiaran secara langsung.

Satu lagi pengalaman dikongsinya adalah ketika dia membuatkan Anuar Zain tersinggung dek jenakanya dianggap tidak lucu penyanyi itu.

Memanglah bagus berkongsi pengalaman dan menjadi pengajaran tetapi janganlah sampai memalukan diri dan membuatkan orang lain takut untuk mengambilnya bekerja.

Mungkin ada baiknya cadangan untuk mengawal kandungan podcast dilaksanakan kerajaan. Makin bukan-bukan konten ‘popcast’ sekarang!

DIVA: Kenapa lagu Melayu sekarang seperti kurang kualiti dan sukar nak melekat dalam kepala?

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI