fbpx

Sarjan miliki wang tunai lebih RM3,000 ketika SJR disiasat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Seorang anggota polis berpangkat sarjan disiasat selepas disyaki melakukan rasuah dan perlanggaran prosedur trafik, sewaktu Sekatan Jalan Raya (SJR) Op Alkohol, di sini, awal pagi tadi.

Mengesahkan perkara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, satu pemeriksaan dilakukan terhadap pasukan trafik yang sedang menjalankan tugas itu sekitar pukul 2.30 pagi tadi.

Jelas beliau, pemeriksaan pasukan Jabatan Integriti dan Pemeriksaan Standard (JIPS) Bukit Aman mendapati, salah seorang anggota berpangkat sarjan memiliki wang tunai sekitar RM3,313, selain menemui wang tunai RM440 di dalam sebuah kereta.

“Satu Kertas Siasatan Tatatertib (KST) telah dibuka ekoran pemeriksaan. Laporan polis dibuat untuk mengenal pasti sebarang perbuatan rasuah atau perlanggaran prosedur trafik,” katanya kepada Kosmo!

Jelas beliau, tindakan juga telah diambil terhadap beberapa anggota yang terlibat dalam siasatan.

“Kesemua anggota yang terlibat dalam siasatan ini akan dikeluarkan daripada pasukan penguat kuasa sehingga siasatan selesai,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI