fbpx

[VIDEO] ‘Sangkut’ lima jam, kemalangan Gopeng-Simpang Pulai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Trafik sesak di kedua-dua laluan Gopeng-Simpang Pulai ketika ini akibat kemalangan tujuh kenderaan pagi tadi. - FB Lembaga Lebuhraya Malaysia

PETALING JAYA – Kemalangan melibatkan empat kereta dan tiga treler berlaku di Kilometer (KM) 288.1 Lebuh Raya Utara Selatan arah utara, antara laluan Gopeng ke Simpang Pulai, Perak, pagi tadi telah menyebabkan pengguna terpaksa berdepan dengan keseskan hampir lima jam.

Ini kerana kesemua lorong di kedua-dua arah ditutup bagi proses pengalihan serta kerja-kerja menyelamat oleh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simpang Pulai dengan bantuan BBP Gopeng selepas menerima panggilan pada jam 7.46 pagi tadi.

Trafik sesak di kedua-dua laluan Gopeng-Simpang Pulai ketika ini akibat kemalangan tujuh kenderaan pagi tadi.

Tinjauan Kosmo! di media sosial mendapati, beberapa pengguna yang berada di laluan kajadian memaklumkan kenderaan mereka tidak bergerak lebih dari tiga jam akibat kesesakan yang teruk di kedua-dua laluan Simpang Pulai-Gopeng.

“Tak sangka jalan sesak seteruk ini, dari pukul 8 pagi lebih dah ada kat laluan sini, sampai sekarang masih ‘sangkut’, rasanya lebih 20 km sesak. Ngeri tengok keadaan kemalangan yang orang kongsi di media sosial,” tulis Mohd. Munir.

“Sempat ke tak nak pergi kenduri di Ipoh, sekarang ini pun kereta tak bergerak langsung, dan berjam-jam. Anak dalam kereta dah macam dalam zoo tak duduk diam,” kongsi Asyrik.

“Siapa nak pergi ipoh tolong ikut laluan alternatif awal-awal, jika tidak anda berkampung di highway (lebuh raya),” pesan Nurin.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan dua mangsa maut dalam kemalangan tersebut.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, dua mangsa yang maut merupakan pemandu treler muatan gula pasir dan barangan logam.

Katanya, kemalangan turut menyebabkan seorang mangsa patah tangan dan dibawa ke hospital oleh ambulans untuk rawatan lanjut. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI