fbpx

Usaha perangi rasuah global goyah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aktivis mengadakan protes antirasuah di Mumbai pada 21 Julai 2022. – AFP

BERLIN – Sebuah organisasi pe­merhati bagi amalan rasu­ah menyatakan bahawa usaha memerangi jenayah tersebut di seluruh dunia semakin goyah, lapor sebuah saluran berita kelmarin.

Menurut agensi berkenaan, Transparency International (TI) menerusi laporan terbaharu, Indeks Persepsi Rasuah (CPI) edisi 2023, sebanyak 23 negara menjunam ke paras terendah dalam ranking tersebut.

“Terdapat kemerosotan global dalam keadilan dan kedaulatan undang-undang sejak 2016.

“Amalan rasuah akan terus meningkat sehingga sistem keadilan benar-benar boleh menghukum salah laku dan mengawal kerajaan,” kata Pengerusi TI, Francois Valerian.

Organisasi bukan kerajaan (NGO) yang mengeluarkan CPI setiap tahun selama hampir tiga dekad itu berkata, di kebanyakan negara, halangan kepada keadilan untuk mangsa rasuah berterusan.

“Sudah tiba masanya untuk memecahkan halangan itu dan memastikan orang ramai boleh mengakses keadilan dengan berkesan,” jelas Ketua Pegawai Eksekutifnya, Daniel Eriksson.

TI menilai persepsi rasuah menggunakan 13 sumber data termasuk Bank Dunia, Forum Ekonomi Dunia dan risiko swasta serta firma perunding.

Denmark mendahului indeks CPI untuk tahun keenam berturut-turut, dengan mencatatkan markah sebanyak 90. Ia diikuti oleh Finland dengan 87 mata dan New Zealand dengan 85 mata dalam kelompok negara paling kurang rasuah.

Somalia menduduki tangga terbawah dengan 11 mata. Ia diikuti oleh Sudan Selatan, Syria dan Venezuela dengan masing-masing 13 mata.

Sementara itu, Malaysia berada di tangga ke-57 dengan mencatatkan 50 mata. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI