fbpx

Lapor terus sekiranya wang BAP dipotong – Fadhlina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadhlina.

PETALING JAYA – Kementerian Pendidikan menyarankan agar ibu bapa atau penjaga melaporkan terus sekiranya tidak menerima secara penuh Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150.

Ini kerana kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, wang BAP tidak boleh dipotong oleh mana-mana pihak dan mesti sampai ke tangan ibu bapa dalam jumlah yang diberikan oleh kerajaan.

Malah kata beliau, KPM juga akan mengembalikan semula wang yang telah dipotong itu.

“Sekiranya terdapat pemotongan BAP, segera laporkan kepada KPM secara langsung untuk disiasat dan jumlah itu akan dikembalikan mengikut jumlah penuh,” katanya.

Beliau berkata selepas majlis penyerahan cek cura BAP Peringkat Negeri Selangor di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaaan Yu Hua, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Fadhlina berkata, sumbangan BAP tersebut bertujuan meringankan beban ibu bapa dalam menyediakan persiapan persekolahan anak-anak nanti.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI