fbpx

Kami hargai pengurangan hukuman tetapi… – Yana Najib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar kenangan Yana (kiri ) bersama bapanya, Najib.

PETALING JAYA – “Datuk Seri Najib Tun Razak dan keluarga kekal dengan pendirian dan yakin beliau tidak bersalah.”

Demikian kata anak kepada bekas Perdana Menteri tersebut, Nooryana Najwa Najib dalam sebuah hantaran di laman Instagramnya, hari ini.

“Kami menghargai pengurangan hukuman daripada 12 tahun kepada 6 tahun yang diputuskan oleh Lembaga Pengampunan setelah pertimbangan pendapat dan nasihat.

“Bagaimanapun, kami berasa kecewa kerana Datuk Seri Najib Tun Razak tidak mendapat pengampunan penuh dan dibebaskan serta-merta,” katanya.

Nooryana yang juga Exco Pergerakan Puteri UMNO berkata, orang ramai yang mengikuti kes tersebut secara dekat pastinya mengetahu serta bersetuju dengan penghakiman oleh Ketua Hakim Sabah dan Sarawak tahun lepas.

“Ketidakadilan yang besar telah berlaku ke atas Datuk Seri Najib dan keputusan yang betul ialah beliau wajar dilepaskan dan dibebaskan,” ujarnya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan, Najib bakal dibebaskan pada 23 Ogos 2028.

Perkara itu dimaklumkan menerusi kenyataan dikeluarkan Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya kali ke-16 hari ini.

Kata kenyataan itu, sebanyak lima kertas pengampunan termasuk permohonan Najib how telah dipertimbangkan oleh Lembaga Pengampunan tersebut yang dipengerusikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda AI-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI