fbpx

Hujan lebat di Selangor, KL petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) meramalkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tujuh negeri, petang ini.

MetMalaysia menerusi kenyataan di Facebook berkata, ramalan cuaca itu berlarutan sehingga pukul 7 malam ini.

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di kawasan Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim, Perak.

“Cuaca sama turut diramal di seluruh Selangor dan Kuala Lumpur,” katanya.

Menurut MetMalaysia, hujan juga dijangka melanda beberapa negeri di Negeri Sembilan terutama di Jelebu, Seremban dan Port Dickson.

Sementara itu, di Johor pula, hujan lebat dan ribut petir diramal berlaku di Pontian, Kulai dan Johor Bahru.

“Di Sarawak, kawasan yang diramal mengalami cuaca buruk adalah di Sibu (Kanowit dan Selangau), Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong) dan Bintulu (Tatau).

“Di Sarawak pula, cuaca buruk dijangka melanda Pedalaman (Sipitang, Tenom dan Beaufort) dan Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang dan Kota Kinabalu),” katanya.

Tambah MetMalaysia, amaran itu dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan atau ribut petir sedang atau dijangka berlaku melebihi enam jam dalam tempoh tersebut di satu-satu kawasan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI