fbpx
Gambar hiasan.

Hujan berterusan tahap waspada di Sabah, Sarawak bermula esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di Sabah dan Sarawak bermula esok.

MetMalaysia menerusi sebuah kenyataan berkata, di Sarawak, kawasan yang terlibat adalah di Miri dan Limbang sehingga hari Ahad, 4 Februari.

“Sementara itu, hujan berterusan turut diramal berlaku di Sabah terutamanya di kawasan Tawau dan Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan), bermula hari ini sehingga esok,” katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi Jabatan, aplikasi mobil myCuaca dan laman media sosial rasmi jabatan.

Selain itu, boleh menghubungi talian hotline MET Malaysia 1-300-22-1638 untuk sebarang pertanyaan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN