fbpx

Penganggur belasah isteri enggan buat kerja rumah dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

AMPANG JAYA – Seorang penganggur ditahan selepas dilaporkan memukul isterinya dalam kejadian di Jalan Perdana 3/10, Pandan Perdana, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Mohd Azam Ismail berkata, kejadian yang berlaku pukul 9.30 pagi, kelmarin, bermula apabila pasangan tersebut bertengkar.

“Suspek kemudiannya bertindak merosakkan komputer riba milik mangsa yang berusia 38 tahun sebelum memukulnya sehingga mendatangkan kecederaan di bahagian tangan kanan,” katanya.

Jelas Mohd Azam, motif kejadian dipercayai kerana suspek berang apabila mangsa yang bekerja sebagai pereka dalaman tidak membantunya membuat kerja rumah.

Susulan laporan tersebut, Mohd Azam memaklumkan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Ampang Jaya menahan suspek berusia 36 tahun, semalam.

“Tangkapan dibuat terhadap penganggur itu sekitar pukul 6.20 petang di Pandan Perdana, di sini, selepas disyaki terlibat dengan kes yang disiasat,” katanya.

“Semakan terhadap suspek mendapati negatif dadah dan tiada rekod lampau,” katanya.

Jelas beliau, suspek direman selama tiga hari bermula hari ini sehingga Jumaat bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan, Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI