fbpx

Diganggu mak nyah, Fuad Rahman minta berhenti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fuad Rahman menerima bermacam-macam mesej berunsur gangguan dalam media sosial bukan sahaja peminat perempuan bahkan, golongan transgender atau mak nyah.

PETALING JAYA – “Perempuan atau ‘shemale’ (transgender), berhenti mesej bukan-bukan.”

Itu permintaan penyanyi Fuad Rahman yang menerima bermacam-macam mesej berunsur gangguan dalam media sosial daripada peminat perempuan dan transgender atau mak nyah.

Katanya, perkara tersebut kurang disenangi terutama dalam keadaan isterinya, Tom yang sedang menghitung hari untuk melahirkan anak pertama mereka.

“Dia (Tom) sedang sarat mengandung. Nak minat boleh tapi jangan mesej yang tidak sepatutnya,” ujarnya dalam Instagram Story.

Pada masa sama, penyanyi asal Singapura itu turut berharap pihak berkaitan menghormati statusnya yang sudah memulakan kehidupan baharu bersama isteri tercinta.

“Tolong hormat keluarga saya,” tambahnya ringkas.

Dalam pada itu, Tom atau Raja Farah Afzal Raja Ikram, 38, yang kandungan sudah memasuki minggu ke-37 sempat berseloroh membalas status Fuad dalam platform sama.

“Tak mengapalah, kalau lebih-lebih nanti saya pula mesej suami mereka. Apa ada hal,” ulasnya ringkas disertai emoji ketawa.

Fuad dan Tom mendirikan rumah tangga di Batam Indonesia pada 26 Februari tahun lalu.

Sebelum ini, Tom pernah berkahwin sebanyak tiga kali dan mempunyai tiga putera, manakala Fuad pula memiliki dua anak hasil perkahwinan pertama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI