fbpx

Penunggang Yamaha MT25 maut bergesel dengan treler

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis meninjau lokasi kemalangan yang meragut nyawa Ishak di Jambatan Sultan Mahmud, Kuala Nerus hari ini.

KUALA NERUS – Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi maut akibat bergesel dengan sebuah treler di Jambatan Sultan Mahmud berhampiran susur keluar Kampung Seberang Takir di sini hari ini.

Dalam kemalangan pada pukul 12 tengah hari itu, mangsa, Ishak Abd. Rahman, 59, meninggal dunia akibat kecederaan parah pada bahagian kepala dan beberapa anggota badan.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md. Din berkata, sewaktu kejadian mangsa dikatakan dalam perjalanan ke Kampung Bukit Tumbuh di sini.

“Sewaktu motosikal jenis Yamaha MT25 mahu membelok ke simpang kanan untuk menuju ke Kampung Bukit Tumbuh, sebuah lori treler tanpa muatan turut dikatakan berbuat demikian menyebabkan motosikal dinaiki bergesel dengan lori treler terbabit,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Abdul Rahim berkata, pemandu lori treler yang merupakan lelaki berusia 76 tahun tidak menghadapi sebarang kecederaan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI