fbpx

Kembar kahwin kembar serentak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Deva berkahwin dengan Sona, manakala Devi berkahwin dengan Soni. – Instagram

JAKARTA – Dua pasangan kembar seiras di Bandung, wilayah Jawa Barat menjadi perhatian pengguna media sosial kerana berkahwin pada hari yang sama, lapor portal berita Okezone hari ini.

Berdasarkan video yang dimuat naik, pasangan kembar pertama dikatakan bernama Deva dan Devi.

Mereka berkahwin dengan lelaki yang juga merupakan pasangan kembar iaitu Sona dan Soni.

Menurut keterangan video yang dimuat naik, dua pasang pengantin baharu itu bernikah pada hari berbeza, namun mengadakan majlis bersanding serentak.

Video itu menjadi tular dan menerima pelbagai komen netizen.

“Mungkin anak mereka juga mempunyai wajah seiras nanti,” kata seorang pengguna laman sosial.

“Mungkin ia diatur oleh ibu bapa mereka,” kata netizen lain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI