fbpx

Flora mekar pelengkap gaya feminin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Reka corak flora bersaiz besar semakin menjadi pilihan wanita.

Sememangnya cetakan flora cukup in trend, cool, feminin, menarik serta hebat digayakan oleh semua individu.

Paling penting, kita perlu yakin serta tahu bagaimana untuk mengintegrasikan trend tersebut dalam gaya seharian kita.

Untuk musim bunga dan panas tahun ini, reka corak flora berkembang mekar di pentas peragaan antarabangsa dan di mana sahaja.

Variasi cetakan flora ini muncul pada padanan seluar, leggings, skirt, gaun, blaus, jaket dan aksesori.

Dapatkan reka corak flora dalam warna terang dan berani atau dalam rona lembut (pastel).

Cuba berani bereksperimentasi dengan variasi saiz flora atau kombinasi menarik seperti reka corak flora dan jalur dalam rona sama supaya lebih menyerlah, segar serta penuh impak.

Lengkapkan gaya anda itu dengan kasut dalam rona neutral atau metalik.

Bagi mendapatkan gaya keseluruhan yang sederhana, pilih cetakan flora yang tidak keterlaluan.

Pemilihan
Pilih padanan pakaian ada reka corak flora dengan bijak untuk mengalihkan pandangan daripada bahagian tubuh badan yang tidak mahu diberi penekanan.

Jika anda mempunyai dada yang besar (bigger bust), alihkan pandangan dari bahagian atas ke bawah pinggang dengan padanan baju rona polos dan skirt (singkat atau labuh) yang mempunyai reka corak flora.

Begitu juga sebaliknya, jika anda mempunyai punggung yang lebar. Pastikan seluar atau skirt dalam rona polos dipadankan dengan blaus atau baju reka corak flora.

Aksesori
Jika masih kurang yakin untuk menggayakan pakaian dalam cetakan flora, apa kata anda dapatkan aksesori yang didatangkan dengan trend tersebut seperti skaf, beg atau kasut.

Sememangnya aksesori ini dapat menyuntik elemen segar dan ceria dalam penampilan.

Padankan seluar hitam, slim-cut jean atau skirt rona polos dengan kasut reka corak flora.

Gaun koktel rona polos pula cukup menarik digayakan dengan clutch dengan cetakan flora untuk gaya formal atau semi-formal atau padankan dengan beg tote untuk gaya santai.

Kombinasi
Jika koleksi pakaian anda penuh dengan rona polos terutamanya dalam variasi warna gelap, tambahan pakaian dengan cetakan flora adalah kunci untuk menjadikan penampilan lebih menarik, mengujakan serta dapat menyuntik personaliti ceria.

Blaus flora cukup sempurna digabungkan sama ada dengan sut atau kardigan dan jean. Untuk gaya lebih kewanitaan, gayakan pencil skirt dalam fabrik cotton sateen dengan reka corak flora yang dipadankan dengan kemeja-T dan blazer daripada fabrik kapas dalam rona polos. Gaya ini cukup chic, stylish serta boleh digayakan dalam cuaca seperti negara kita.

Gaya edgy
Pilih reka corak flora saiz besar dalam rona gelap. Mantapkan gaya anda dengan padanan aksesori unik dan jaket kulit.

Untuk kelainan, padankan leggings dengan cetakan flora bersama tunik hitam. Praktikkan konsep suai padan untuk mendapatkan gaya tersendiri.

Untuk gaya rugged dengan sedikit elemen maskulin, gayakan gaun flora anda dengan jaket denim, jaket biker, vest atau anorak.

Alternatif
Jika kita tidak mahu memakai reka corak flora yang penuh, sebagai alternatif gayakan padanan pakaian dengan satu motif flora yang besar sebagai statement piece.

Gaya ini cukup kontemporari sealiran trend. Reka corak flora akan lebih menyerlah dengan warna latar kontras dan cerah seperti putih yang popular pada musim ini.

Namun, untuk lebih dramatik, pilih flora rona terang dengan warna latar hitam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI