fbpx

Calon terjejas banjir di Kelantan boleh duduki SPM di semua pusat peperiksaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Calon-calon SPM sedang menunggu giliran untuk menduduki peperiksaan di SMK Dato' Ahmad Maher, Kota Bharu hari ini. Foto oleh KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN/ KOSMO!

KOTA BHARU – Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) di Kelantan yang masih terjejas banjir boleh menduduki peperiksaan di semua pusat peperiksaan berhampiran dengan mereka.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan, Datuk Mohd. Zamri Abdul Aziz berkata, bagaimanapun, calon peperiksaan itu perlu memaklumkan perkara tersebut kepada guru.

“Ia bagi membolehkan maklumat berkaitan dipanjangkan kepada Penolong Pegawai Peperiksaan, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Sektor Pentaksiran dan Peperiksaan (SPP) JPN bagi memastikan bekalan kertas peperiksaan mencukupi.

“Selain itu, kita turut menyediakan sebanyak tujuh pusat peperiksaan alternatif sebagai persediaan menghadapi kemungkinan berlaku bencana banjir sepanjang SPM dan STPM itu berlangsung,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyantuni calon-calon SPM di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Ahmad Maher, di sini hari ini.

Mohd. Zamri memberitahu, enam daripada pusat peperiksaan alternatif ditetapkan di Pasir Mas dengan dua daripadanya melibatkan peperiksaan SPM dan STPM manakala satu di Tumpat.

Katanya, enam pusat alternatif di Pasir Mas adalah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rantau Panjang, SMK Gual Periok, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Lati, Sekolah Kebangsaan (SK) Banggol Chicha dan SK Meranti.

Katanya, seramai 26,664 calon SPM 2023 menduduki peperiksaan bertulis bermula hari ini termasuk enam calon berkeperluan khas (CBK) dan seorang calon braille akan dipantau oleh seramai 2,391 petugas peperiksaan.

Tambahnya, sebanyak 60 pusat peperiksaan STPM dibuka melibatkan seramai 3,867 calon STPM Ulangan 1 dan 4,655 calon STPM semester 1 2024. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI