fbpx

Banjir: Dua kampung masih terjejas di Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang penduduk sedang membersihkan rumahnya di Kampung Pasir Raja, Hulu Dungun semalam.

KUALA TERENGGGANU – Banjir gelombang keempat yang melanda Terengganu sejak seminggu lalu semakin pulih hari ini dengan hanya 473 mangsa daripada 157 keluarga masih terjejas di Dungun.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu berkata, cuma dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka iaitu di Kampung Pasir Raja dan Kampung Shukor, Hulu Dungun.

“PPS Dewan Orang Ramai Kampung Pasir Raja masih menempatkan 247 mangsa banjir. Seramai 226 mangsa lain pula berada di PPS Dewan Serbaguna Kampung Shukor,” katanya di sini hari ini.

Kedua-dua perkampungan terletak paling hulu di Dungun itu dilanda banjir lumpur pada Khamis lalu.

Hampir 80 peratus rumah penduduk di dua kawasan tersebut mengalami kerosakan termasuk tiga ranap sepenuhnya akibat banjir lumpur berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI