fbpx

Agong, Raja Permaisuri berangkat tiba di Pahang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AL-SULTAN Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah tiba di Pangkalan Udara Kuantan pada pukul 11.58 pagi ini bagi menyempurnakan Istiadat Keberangkatan Balik baginda berdua.

KUANTAN – Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah tiba di Pangkalan Udara Kuantan pada pukul 11.58 pagi ini bagi menyempurnakan Istiadat Keberangkatan Balik baginda berdua.

Ketibaan baginda menaiki pesawat khas tersebut yang diiringi dua pesawat udara TUDM, F/A-18 D Hornet.

Ketibaan Al-Sultan Abdullah dan Tunku Permaisuri Agong disambut Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, anakanda baginda dan kerabat DiRaja Pahang.

Keberangkatan balik baginda turut disambut Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Baginda berdua kemudian diiringi ke Pentas Diraja, melintasi pasukan kawalan bertombak diikuti persembahan tabik ‘Hormat Diraja’ oleh pasukan Kawalan Kehormat Utama diiringi lagu Negaraku oleh Pancaragam Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) diketuai Leftenan Kolonel Mohamad Rizal Mohamad Noor.

Serentak dengan itu, bendera peribadi Yang di-Pertuan Agong turut dipecahkan diikuti tembakan kehormatan sebanyak 21 das meriam daripada Rejimen ke-7 Artiliri Diraja Kem Batu Tiga, Temerloh.

Al-Sultan Abdullah  kemudian memeriksa barisan kawalan kehormat utama yang terdiri daripada 103 anggota dan empat pegawai daripada TUDM serta seorang pegawai dan 60 anggota pancaragan TUDM.

Istiadat negara itu diteruskan dengan bacaan doa oleh Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Osman disusuli persembahan ‘Hormat Diraja’ kali kedua serta lagu Negaraku dan lagu Negeri Pahang.

Baginda berdua kemudian berkenan bersalaman perpisahan dengan tetamu kehormat dan rakyat sebelum meneruskan perjalanan ke Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI