fbpx

18,494 calon duduki SPM di Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang calon SPM memohon restu ibubapanya sebelum memasuki dewan peperiksaan di Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud, Kuala Nerus hari ini.

KUALA NERUS – Seramai 18,494 calon menduduki ujian bertulis Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) di 176 pusat peperiksaan di seluruh Terengganu bermula hari ini.

Pengarah Pendidikan Terengganu, Jelani Sulong berkata, seramai 16,782 orang merupakan calon Kementerian Pendidikan manakala selebihnya adalah calon persendirian.

“Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) telah menyediakan pusat peperiksaan alternatif sebagai persiapan menghadapi sebarang kemungkinan berlaku banjir luar jangka sepanjang tempoh peperiksaan SPM ini.

“Kami juga menjalin kerjasama dengan agensi menyelamat sekiranya terdapat calon terperangkap atau laluan ke pusat peperiksaan ditenggelami banjir,” katanya ketika meninjau pusat peperiksaan Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud di sini hari ini.

Jelani berkata, bilik isolasi khas juga disediakan di setiap bilik peperiksaan di Terengganu bagi kemudahan calon SPM yang positif Covid-19. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI