fbpx

Banjir: Dungun tinggal 782 mangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk membersihkan rumah mereka yang baru pulih daripada banjir di Kampung Shukor, Hulu Dungun hari ini.

KUALA TERENGGANU – Dungun yang merupakan satu-satunya daerah masih terjejas banjir di Terengganu semakin pulih hari ini dengan hanya enam pusat pemindahan sementara (PPS) beroperasi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu berkata, kesemua PPS itu dihuni 782 mangsa daripada 228 keluarga.

“Seramai 247 mangsa berada di PPS Dewan Orang Ramai Kampung Pasir Raja dan Dewan Serbaguna Kampung Shukor pula 226 orang.

“PPS Masjid Jamek Kampung Jongok Batu mempunyai 126 mangsa dan Dewan Serbaguna Kampung Paya (75),” katanya di sini hari ini.

Sekretariat JPBN Terengganu berkata, seramai 75 mangsa banjir pula masih berlindung di PPS Dewan Masjid Serdang manakala Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Pulut pula mempunyai 34 mangsa,” katanya.

Beliau berkata, situasi banjir yang semakin pulih di Dungun didorong oleh cuaca mendung pada hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI