fbpx

Tak serik, warga asing kembali jual jagung depan KLCC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penguat kuasa DBKL mengambil tindakan ke atas penjaja warga asing di sekitar Jalan Ampang, Kuala Lumpur, semalam.

PETALING JAYA – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sekali lagi menggempur lokasi penjaja warga asing yang masih berdegil menjalankan perniagaan di Jalan Ampang, Kuala Lumpur berhadapan pusat beli-belah KLCC.

DBKL dalam kenyataan berkata, meskipun tindakan sita telah dibuat sebelum ini, namun penjaja warga asing terbabit kembali menjalankan aktiviti perniagaan.

“Mereka (warga asing) ini tidak serik walaupun tindakan telah diambil. Kebanyakannya menjalankan perniagaan menjual jagung bakar dan air tin minuman,” katanya, semalam.

Justeru, DBKL berkata, tindakan berterusan dan pemantauan berkala akan dijalankan sekitar kawasan tumpuan (hotspot) menerusi siri-siri tindakan khas membabitkan 11 kawasan Parlimen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Kosmo! sebelum ini, melaporkan DBKL mengambil tindakan sita ke atas empat perniagaan yang dijalankan warga asing di sekitar Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Tindakan itu dibuat susulan maklumat diperolehi menerusi hantaran di media sosial mendakwa seorang lelaki warga asing bertindak berani menjual jagung bakar di hadapan pusat beli-belah KLCC.

Perbuatannya itu mencetuskan kemarahan orang ramai kerana bukan sahaja mencacatkan pemandangan di kawasan tersebut, malah turut membahayakan orang awam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI