fbpx

Lebih ramai Ahli Parlimen dijangka tinggalkan PN – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika berucap pada majlis perasmian penutup Konvensyen Kerajaan Perpaduan Peringkat Negeri Perak 2024 di Pusat Konvensyen Casuarina di Ipoh, hari ini. - Foto MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

IPOH – Lebih ramai Ahli Parlimen pembangkang dijangka meninggalkan Perikatan Nasional (PN) ekoran hilang kepercayaan terhadap parti masing-masing.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia ekoran janji-janji PN untuk menukar kerajaan yang tidak menjadi kenyataan, biarpun terdapat usaha merealisasikan perkara berkenaan.

“Ramai lagi Ahli Parlimen yang akan terhakis keyakinan mereka, janji-janji palsu yang dilakukan PN.

“Kerana tujuan matlamat nak tebuk atap, walaupun saya dah jawab, atap ini bukan atap rumbia, ini atap konkrit. Dia cuba tetapi gagal di Malaysia. Dia berpindah ke Dubai dan London.

“Dia lupa di Dubai dan London, konkrit itu jauh lebih tebal,” katanya ketika berucap pada Konvensyen Kerajaan Perpaduan Peringkat Negeri Perak di Pusat Konvensyen Casuarina, di sini hari ini.

Anwar berkata, pembangkang menggunakan sentimen kaum seolah-olah kerajaan meninggalkan asas utama pembentukan negara ini yang termaktub dalam perlembagaan.

“Saya berulang kali tegaskan dengan teman-teman saya, malah suara pimpinan DAP tidak pernah berganjak daripada prinsip mempertahankan semangat perlembagaan negara tercinta.

“Jadi saya tidak faham mengapa ini dijadikan isu. Saya bincang dengan Datuk Seri Saarani Mohamad, isu ini digembar-gemburkan untuk menyerang UMNO, dan tentunya (menyerang) perdana menteri serta Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, bahawa DAP akan merosakkan dan menggadai prinsip dan kepentingan Melayu.

“Itu sahaja modal mereka dan sebahagian daripada orang-orang kita mudah sekali terpedaya. Melayu majoriti, pimpinannya utama Melayu, dasar bumiputera kita tak pernah robohkan. Kita tetap pertahankan kenyataan bahawa majoriti di Malaysia masih Melayu,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI