fbpx
NAMA-nama seperti Anzalna, Elfira, Syatilla, Neelofa, Erin Malek dan Memey Suhaiza ini menjadi antara selebriti wanita yang melepaskan karier seni masing-masing demi fokus terhadap keluarga.

6 jelitawan ‘hilang’ karier seni demi keluarga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

DALAM dunia seni yang penuh dengan persaingan, mengekalkan nama di puncak populariti bukanlah satu perkara mudah.

Namun, bagi segelintir figura wanita terkenal dalam industri hiburan Malaysia, mereka memilih ‘panggilan lebih kuat’ daripada sorakan peminat di atas pentas iaitu suara tanggungjawab sebagai isteri dan ibu.

Ramai dalam kalangan mereka yang sudah membina nama memilih untuk memperlahankan rentak karier sejurus melangkah ke alam perkahwinan.

Bagi golongan selebriti, fasa selepas berkahwin adalah waktu keemasan untuk mengukuhkan asas keluarga — mendidik cahaya mata dengan tangan sendiri dan memberikan perhatian sepenuhnya kepada nakhoda rumah tangga.

Kali ini, HibGlam selami kisah beberapa artis wanita popular Malaysia yang membuktikan bahawa populariti boleh datang dan pergi tetapi saat berharga bersama keluarga adalah harta paling mahal untuk dipertahankan.

Neelofa

SIAPA yang tidak kenal dengan figura berpengaruh, Neelofa? Dahulu wajahnya hampir setiap hari menghiasi skrin televisyen sebagai pengacara rancangan MeleTOP dan giat dalam beberapa drama. Namun, selepas mendirikan rumah tangga dengan pendakwah selebriti, PU Riz pada 27 Mac 2021, Neelofa melakukan penghijrahan besar.

Bukan sahaja meninggalkan dunia lakonan, pemilik nama lengkap Noor Neelofa Mohd. Noor, 37, juga mengubah penampilannya yang kini menggayakan niqab.
Kini dia dilihat fokus kepada perniagaan dan aktiviti keagamaan selain memberi tumpuan kepada pembesaran dua cahaya matanya, Muhammad Bilal dan Abdullah Abbas.

Memey Suhaiza

SATU ketika dahulu, wajah Memey Suhaiza sering menjadi pilihan sebagai heroin drama.
Namun, selepas membina mahligai kasih bersama pelakon Norman Hakim, Memey atau nama sebenarnya Suhaiza Suhaimi memilih untuk membelakangkan dunia lakonan.

Wanita berusia 38 tahun itu kini lebih dikenali sebagai usahawan dan sering menjadi inspirasi kerana menjaga hubungan baik dengan keluarga besar termasuk dengan Abby Abadi iaitu bekas isteri Norman. Menerusi media sosial, Memey kerap mempertontonkan kebahagiaannya di dapur apabila sering menghidangkan juadah buat keluarganya.

Anzalna

PERNAH menjadi antara pelakon wanita paling laris, Anzalna kini seolah-olah ‘bersara’ daripada dunia lakonan. Sejak berkahwin dengan Hanif Zaki pada 21 Februari 2016, dan dikurniakan dua anak lelaki iaitu Mohamad Eidrees dan Mohamad Emirhan, dia lebih gemar berkongsi momen harian sebagai ibu dalam media sosial.

Pemilik nama penuh Nur Anzalna Md. Nasir, 38, mengakui bahawa masanya kini lebih berharga di rumah, memantau perkembangan anak-anak yang sedang membesar berbanding menghabiskan masa berbelas jam di set penggambaran.

Erin Malek

MEMULAKAN kerjaya seni sejak zaman kanak-kanak, Erin Malek merupakan antara aktres muda yang mempunyai masa depan sangat cerah.
Namun, selepas berkahwin dengan Farriz Fauzy pada 10 Oktober 2014 di usia muda, Erin atau nama asalnya Nur Arina Abdul Malek terus mengambil langkah memperlahankan karier seninya.

Dia lebih selesa menjalani kehidupan sebagai full-time mom kepada tiga cahaya matanya, Mohamed Faliq, Nur Aisha dan Mohamed Fahad.
Meskipun sesekali muncul di majlis gaya hidup atau acara jenama, kerjaya lakonan profesional bukan lagi fokus utamanya demi memastikan privasi dan kebahagiaan keluarga terpelihara.

Elfira Loy

MULA menceburi dunia lakonan sejak usia kanak-kanak, Elfira Loy dahulunya merupakan antara aktres paling sibuk dengan pelbagai tawaran drama dan pengacaraan.
Namun, selepas mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Faris Khairol Anuar pada 1 Januari 2019, perubahan besar dapat dilihat dalam rentak kerjayanya.

Fokus utamanya kini beralih kepada tanggungjawab membesarkan dua cahaya matanya, Muhamad Rayyan Khalaf dan Nur Aria Mikayla.
Selain itu, bintang drama Tentang Bulan The Series itu lebih aktif membina kerjaya sebagai pempengaruh dan usahawan, yang mana masa kerjayanya lebih fleksibel untuk diuruskan sendiri tanpa perlu meninggalkan anak-anak dalam tempoh yang lama.

Syatilla Melvin

DI KENALI dengan perwatakan yang lincah dan kelakar, Syatillah Melvin meripakan antara pelakon utama yang sering menghiasi drama ‘prime time’.
Bagaimanapun, selepas mengambil keputusan berkahwin dengan aktor Shaheizy Sam pada 8 Februari 2016, dia memilih untuk memperlahankan kerjaya lakonannya secara drastik.

Fokus pemilik nama penuh Siti Nur Syatilla Amirol Melvin, 35, kini beralih sepenuhnya kepada pengurusan rumah tangga dan membina empayar perniagaan bersama adik-beradiknya yang lain. Dia juga kini sibuk membesarkan tiga orang cahaya mata iaitu Syeriv Samheizy, Sarima Samheizy dan Salama Samheizy.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN