fbpx

Warga emas rugi RM228,000 terperdaya pelaburan kripto

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SEREMBAN – Hasrat seorang warga emas mendapat pulangan lumayan bertukar mimpi apabila mengalami kerugian RM228,000 selepas terperdaya dengan pelaburan mata wang digital kripto yang disertai pada Oktober tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Abdul Malik Hasim berkata, semalam pada pukul 4.35 petang, kaunter aduan Balai Polis Nilai telah menerima satu aduan daripada seorang lelaki warga tempatan berusia awal 60-an selepas menyedari dirinya ditipu.

Beliau berkata, mangsa menyatakan pada awal Oktober 2023, telah dimasukkan ke dalam kumpulan Telegram dan dipengaruhi untuk menyertai pelaburan mata wang digital kripto melalui platform ACCERX Hong Kong.

” Mangsa kemudiannya berurusan dengan seorang individu yang memperkenalkan diri sebagai Teacher Zhang dan suspek telah menjanjikan pulangan lumayan.

“Pada pemulaan, pengadu telah membuat transaksi pertama berjumlah RM8,000 dan berjaya mendapat keuntungan pelaburan berjumlah RM15,000 yang dimasukkan ke dalam akaun di platform ACCERX Hong Kong tersebut.

“Seterusnya pengadu dipujuk oleh Teacher Zhang untuk menambah nilai pelaburan sehingga mencecah RM228,000 melalui 13 transaksi kewangan ke sembilan akaun berbeza,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, mangsa menyedari telah ditipu setelah gagal membuat pengeluaran bagi pelaburan yang dibuat atas alasan akaun pengadu terlibat dengan penggubahan wang haram.

Dalam pada itu, beliau berkata, polis turut menasihatkan orang awam membuat semakan dengan pihak berkuasa dan Bank Negara Malaysia sebelum menyertai sebarang skim pelaburan atau skim cepat kaya untuk mengelakkan daripada menjadi mangsa penipuan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI