fbpx

[VIDEO] Agong, Permaisuri berkenan ke program Malam 1000 Kenangan anjuran Istana Negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Malam 1000 Kenangan yang dianjurkan warga Istana Negara adalah sebagai hadiah istimewa khas buat Seri Paduka Baginda berdua.

PETALING JAYA – Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat ke program Malam 1000 Kenangan di Istana Negara, semalam.

Istana Negara menerusi satu kenyataan berkata, keberangkatan Seri Paduka Baginda berdua turut diiringi paduka-paduka anakanda.

Malam 1000 Kenangan yang dianjurkan warga Istana Negara di bawah kelolaan Datuk Paduka Maharaja Lela Datuk Azuan Effendy Zairakithnaini itu, adalah sebagai hadiah istimewa khas buat Seri Paduka Baginda berdua sempena tamat tempoh pemerintahan Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 30 Januari ini.

“lanya menyaksikan para pegawai dan kakitangan Istana Negara mempersembahkan bakat terpendam masing-masing menerusi pelbagai persembahan sketsa, nyanyian dan tarian.

“Program tersebut juga cukup istimewa buat warga Istana Negara apabila Seri Paduka Baginda berdua berkenan mendendangkan empat buah lagu,” kata kenyataan itu.

Di penghujung program menurut Istana Negara, Seri Paduka Baginda berdua dipersembahkan dengan tayangan video khas dan persembahan ‘flash mob’ oleh seluruh warga Istana Negara diikuti dengan nyanyian lagu patriotik Setia.

“Pada program tersebut, Seri Paduka Baginda berdua berkenan bertitah, menzahirkan ucapan terima kasih kepada seluruh warga Istana Negara yang berkhidmat dengan cemerlang sepanjang lima tahun tempoh pemerintahan Baginda.

“Seri Paduka Baginda berdua turut berkongsi pengalaman manis lima tahun bersemayam di Istana Negara dan sebagai Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong,” tambah Istana Negara. – KOSMO! ONLINE

@zoro_hero malam 1000 kenangan Istana Negara #istananegara #tuankurakyat #agong #permaisuriagong #pahang ♬ bunyi asal – zoro_hero

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI