Ismail meredah banjir setelah rumahnya ditenggelami banjir di Kampung Buluh, Permaisuri, Setiu semalam.

Dalam 3 bulan, empat kali rumah tenggelam banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SETIU – Sepasang suami isteri warga emas mengakui lelah berdepan banjir yang seakan-akan tiada pengakhiran sepanjang musim tengkujuh ini.

Ismail Hussin, 80, berkata, rumahnya di Kampung Buluh di sini sudah empat kali ditenggelami bah dalam tempoh dua bulan sejak bermulanya gelombang pertama pada 20 November lalu.

“Rumah saya sekali lagi dinaiki air pada kelmarin (Rabu) dan ia buat kali keempat sepanjang tempoh Monsun Timur Laut (MTL) ini.

“Sebenarnya banjir bukanlah asing. Seingat saya, rumah kami sudah lebih 60 kali ditenggelami air sejak mula mendiaminya pada tahun 1956,” katanya di sini semalam.

Begitupun, Ismail berkata, usia dia dan isteri, Wan Meriam Wan Muda, 74, yang sudah semakin lanjut usia membataskan kudrat mereka untuk menghadapi banjir terutamanya untuk ke pusat pemindahan sementara (PPS).

Katanya, mereka mengga­gahkan diri untuk berulang-alik ke PPS Perpustakaan Awam Permaisuri sejak November lalu.

“Biasanya amaran banjir akan diberitahu awal oleh saudara saya yang menetap Hulu Seladang. Ia disebabkan sekiranya rumahnya dinaiki air, rumah saya terletak di hilir pasti terkena juga,” katanya.

Ismail berkata, demi ke­selamatan memandangkan dia dan isteri tidak mampu lagi untuk meredah banjir, mereka akan berpindah awal ke PPS.

Tambahnya, dia juga mengharapkan anak-anaknya yang menetap berhampiran membantu menyelamatkan barangan dan peralatan elektrik di rumahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN