fbpx

[VIDEO] Warga Bangladesh sarung bendera Malaysia tanda sokongan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang memaparkan warga Bangladesh membaluti tubuh mereka dengan bendera Malaysia ketika perlawanan di Stadium Al Janoub malam tadi.

PETALING JAYA – Sokongan tidak berbelah-bahagi rakyat Malaysia tidak dapat disangkal lagi apabila beratus-ratus peminat bola sepak hadir ke Qatar bagi menyaksikan perlawanan bersejarah itu.

Namun yang paling mencuri tumpuan dalam kalangan penonton di Stadium Al Janoub semalam adalah kehadiran lebih 10 warga Bangladesh bagi memberi sokongan kepada Harimau Malaya.

Dalam video tular yang dimuat naik Intan Serah di aplikasi X, kelihatan kesemua warga Bangladesh yang memakai topi berwarna putih itu membaluti tubuh mereka dengan bendera Malaysia.

Mereka juga dilihat duduk dalam satu baris di kawasan yang terdiri daripada pelbagai penyokong berlainan negara dimana agak jauh dari penonton Malaysia.

“Selalu post Ultras Malaya. Kali ni ‘post’ abang-abang Bangladesh yang semangat sokong Malaysia.

“Penuh warga Bangladesh, terharulah sebab ramai warga asing datang stadium malam tadi sokong Korea Selatan,” ciap Intan Serah.

Tinjauan Kosmo! mendapati ramai yang terharu melihat sokongan warga Bangladesh terhadap pasukan Malaysia.

Namun ada juga yang bergurau menyatakan kehadiran warga Bangladesh itu adalah atas arahan majikan masing-masing.

“Ni mesti kerja kat Malaysia dulu ni. Dah habis kontrak sambung pula berhijrah kerja negara lain,” komen Yasir.

“Baik mengaku, bos Malaysia mana yang suruh datang sokong ni,” komen Izzo pula.

“Orang kita yg tak pernah sampai England pun beriya-iya sokong di Piala Dunia. Ini kan pula saudara yang penat lelah kerja di Malaysia,” komen pengguna yang lain.

Sehingga kini video tersebut mendapat lebih 3,200 tontonan dan 7,700 tanda suka.

Terdahulu, Harimau Malaya mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya meraih keputusan seri 3-3 ke atas Korea Selatan pada aksi terakhir Kumpulan E saingan Piala Asia 2023 malam tadi (waktu Malaysia).

Pada perlawanan di Stadium Al Janoub itu, skuad kebangsaan kendalian Kim Pan-gon mengekalkan benteng ampuh dalam kesebelasan utama terdiri daripada Dion Cools, Shahrul Saad dan Dominict Tan.

Keputusan tersebut menyaksikan Korea Selatan kekal dengan kedudukan naib juara Kumpulan E dengan Bahrain muncul juara apabila menewaskan Jordan 1-0. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI