fbpx

Rakyat Malaysia didakwa jadi askar upahan di Ukraine

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ASKAR Ukraine mengendalikan sebuah kereta kebal di wilayah Donetsk, 21 Januari lalu. - Foto AFP

KIEV – Sebilangan rakyat Malaysia dikesan menjadi askar upahan di wilayah diduduki Russia, Donetsk, kata Pusat Penentangan Kebangsaan Ukraine seperti dilaporkan portal South China Morning Post semalam.

Pusat dikendalikan  Pasukan Operasi Khas Ukraine itu menyatakan, askar-askar upahan tersebut disertai oleh seorang jurubahasa dan bekas anggota Kumpulan Wagner di sebuah kawasan latihan di Donetsk. 

Kumpulan Wagner terdiri daripada askar upahan yang berjuang untuk Russia.

Menurut pusat itu, sejumlah warga asing juga dilihat di kawasan tersebut seperti Cuba, Nepal, Belarus, Serb dan negara-negara lain.

Mereka juga dilihat bersama askar Russia.

Menurut pusat tersebut, sesiapa yang berjuang untuk Russia menentang Ukraine akan menjadi sasaran tentera Kiev.

Ia juga meminta penduduk tempatan untuk terus memberi maklumat tentang askar-askar upahan tersebut.

Para sukarelawan asing telah berlepas ke Ukraine sejak perang bermulanya pada 24 Februari 2022. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI