fbpx
Gambar hiasan

Biar KWSP uruskan duit pencen kita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Ramai antara kita yang cetek ilmu dalam pelaburan apatah lagi mengenai saham amanah. Apabila ditawarkan peluang pelaburan yang baik oleh mereka yang berpengalaman, sudah pastinya hati kita terbuka untuk mencuba.

Salah satu instrumen pelaburan yang popular adalah dengan menggunakan modal daripada duit simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk diuruskan oleh perunding kewangan profesional dengan memilih produk saham amanah yang berpotensi.

Namun timbul isu panas baru-baru ini tentang kekecewaan pelabur terhadap agihan pendapatan yang diperoleh daripada produk saham amanah yang dilaburkan selama bertahun lamanya amat mengecewakan sehingga ramai yang nekad untuk menghentikan pelaburan seterusnya memasukkan semula wang tersebut ke dalam akaun KWSP.

Disokong oleh pelbagai fakta dan informasi yang disiarkan dalam media sosial tentang kesan pengeluaran duit yang dilaburkan dalam beberapa produk saham amanah terkenal membuatkan ramai pelabur mula berfikir dua kali sama ada mahu membuat tindakan yang sama.

Ramai yang terkesan kerana agihan pendapatan yang diterima agak kecil, malah lebih rendah daripada agihan pendapatan yang diumumkan oleh KWSP.

Mereka berpendapat adalah lebih baik jika mereka membiarkan duit simpanan untuk hari bersara nanti ‘tumbuh’ secara organik melalui pengurusan dana yang profesional dan cekap dikendalikan oleh KWSP yang telah memiliki rekod cemerlang selama ini.

Walau bagaimanapun, tidak dinafikan juga melalui hasil usaha perunding kewangan yang aktif, ada pelabur yang telah berjaya meraih agihan pendapatan lumayan daripada pelaburan jangka panjang itu.

Semuanya bergantung kepada objektif pelaburan kita dan juga keaktifan perunding kewangan itu sendiri yang bijak, mahir dan aktif dalam meningkatkan pengetahuan pelabur mengenai potensi produk saham amanah dan memaklumkan apa pelan seterusnya jika berlaku perubahan dalam ekonomi global yang memberi impak negatif kepada pasaran saham dunia.

Walau bagaimanapun bagi pelabur yang berada di bawah perunding kewangan yang tidak aktif, mereka bakal menanggung risiko pelaburan sehingga pulangan dividen menyusut seterusnya mencatat kerugian.

Secara logik akal, jika anda bukan seorang yang aktif mengambil tahu mengenai perkembangan ekonomi negara dan global serta kurang ambil tahu tentang produk saham amanah, adalah lebih baik menyerahkan kepercayaan tersebut kepada KWSP untuk menguruskan tabungan untuk persaraan kita.

Ini kerana dalam tempoh sukar atau dalam ekonomi baik, kadar purata agihan pendapatan yang diumumkan KWSP pastinya tidak mengecewakan.

Secara puratanya adalah antara empat hingga lima peratus setiap tahun.

Jadi kita nantikan pula pengumuman baharu KWSP tidak lama lagi bagi agihan pendapatan tahun 2023 yang dikatakan lebih daripada enam peratus.

Jadi apa lagi yang kita mahukan?

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN