fbpx

Banjir: 1,990 mangsa masih terjejas di Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PPS Dewan Orang Ramai Kampung Shukor yang masih ditenggelami banjir di Hulu Dungun hari ini.

KUALA TERENGGANU – Seramai 1,990 mangsa daripada 534 keluarga masih terjejas banjir gelombang keempat di Terengganu hari ini.

Mereka kini ditempatkan di 26 pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka di empat daerah iaitu Dungun, Besut, Hulu Terengganu dan Setiu.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu berkata, Dungun merupakan daerah paling terjejas dengan 953 mangsa daripada 268 keluarga berada di enam PPS.

“Seramai 639 mangsa daripada 154 keluarga pula berada di 11 PPS di Besut.

“Sebanyak lima PPS yang menempatkan 299 mangsa daripada 93 keluarga pula berada di Hulu Terengganu,” katanya di sini hari ini.

Sekretariat JPBN Terengganu berkata, Setiu masih mempunyai 99 mangsa daripada 19 keluarga yang sedang berlindung di lima PPS. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI