fbpx

Sungai Lembing kembali dinaiki air, dua PPS dibuka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba membantu menyelamatkan mangsa yang terperangkap banjir di Kampung Pandan 2 dan ditempatkan di PPS Dewan Dato Manan di Kuantan.

KUANTAN – Sebanyak dua pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di pekan Sungai Lembing susulan kejadian banjir yang berlaku di pekan itu sejak petang semalam.

Dua PPS yang dibuka adalah PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Lembing yang dibuka pada pukul 10.30 malam semalam dan PPS Kampung Batu 6 Sungai Lembing yang dibuka pada pukul 11 malam semalam.

Menurut laporan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, setakat pukul 8 pagi ini, sebanyak 72 keluarga melibatkan 164 mangsa telah dipindahkan dengan 159 mangsa daripada 70 keluarga ditempatkan di PPS SMK Sungai Lembing manakala lima mangsa daripada dua keluarga ditempatkan di PPS Kampung Batu 6 Sungai Lembing.

Sementara itu Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria, berkata, sebanyak lima keluarga terperangkap dalam kejadian banjir di Kampung Pandan 2 di sini.

Katanya, pihaknya menerima panggilan pada pukul 7.54 pagi tadi dan kesemua 14 mangsa telah selamat dipindahkan ke PPS Dewan Dato’ Manan di sini.

Dalam kejadian di Rompin pula, Zulfadli memberitahu, pihaknya menerima panggilan pada pukul 2.20 pagi tadi di mana empat mangsa terdiri dari dua lelaki dan dua wanita terperangkap banjir di Kampung Orang Asli Sungai Mok.

“Pihak Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Rompin telah melakukan operasi bagi mencari dan menyelamat mangsa menggunakan bot aluminium. Kesemua mangsa ditemui selamat pada pukul 9.18 pagi tadi dan telah ditempatkan di tempat selamat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI