fbpx

Di mana Farah Amerah?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NOOR FARAH dilaporkan hilang dan gagal dikesan sejak November tahun lalu oleh ahli keluarganya di Muar, Johor.

MUAR – Polis mencari seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang dari rumah sejak dua bulan lalu.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, remaja tersebut dikenali sebagai Noor Farah Amerah Abdullah, 16, tinggal di Jalan Junid di sini.

Katanya, ibu remaja itu membuat laporan polis pada 6 November lalu setelah mendapati anaknya tidak pulang ke rumah selepas keluar pada pukul 10 pagi.

“Pelbagai usaha dibuat untuk mencari remaja itu termasuk di rumah kawan dan saudara terdekat. Kali terakhir remaja itu berhubung dengan ibunya pada hujung Disember lalu,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Tambah Raiz, mengikut laporan ibunya, Farah Amerah mempunyai ketinggian 160 sentimeter dengan berat 70 kilogram, berbadan gempal, berkulit hitam dan bertudung.

Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai remaja itu boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Abdul Aziz Mat Jaafar di talian 014-5219136. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI