fbpx

Agong, Raja Permaisuri ucap selamat Hari Thaipusam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Poster ucapan Seri Paduka Baginda berdua yang dimuat naik di akaun Facebook Istana Negara, hari ini.

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Thaipusam kepada semua penganut agama Hindu yang menyambut perayaan itu, hari ini.

Seri Paduka Baginda berdua menzahirkan harapan semoga perayaan itu dapat memupuk semangat perpaduan dan persaudaraan sesama masyarakat majmuk dalam negara yang aman dan makmur.

“Semoga hari yang bermakna kepada penganut agama Hindu ini diraikan dengan penuh keceriaan dan sentosa di sisi keluarga tersayang,” titahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI