fbpx

Tiada cuti umum 31 Januari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fahmi ketika sidang akhbar di Kementerian Komunikasi, Putrajaya hari ini. - Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR / KOSMO!

PUTRAJAYA – Tiada cuti umum khas sempena pemasyhuran Yang di-Pertuan Agong yang baharu pada 31 Januari ini.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Fahmi berkata, cuti umum khas itu tidak dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet pada minggu lalu dan hari ini.

“Tiada pengumuman sedemikian pada hari ini kecuali Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memikirkan ada kewajaranya.

“Mesyuarat Jemaah Menteri seterusnya adalah selepas majlis pemasyhuran pelantikan Yang di-Pertuan Agong pada 31 Januari nanti,” katanya.

Beliau mengulas penyebaran maklumat di media sosial yang menyatakan 31 Januari ini akan diumumkan cuti sempena pemasyhuran pelantikan Yang di-Pertuan Agong baharu.

Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-263 (Khas) berlangsung di Istana Negara pada 27 Oktober lalu sebulat suara mengisytiharkan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 bagi tempoh lima tahun seperti diamalkan selama ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI