fbpx

Sarjan perkosa pelajar perempuan 16 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PARIT – Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun mendakwa menjadi mangsa rogol anggota polis berpangkat sarjan dalam dua kejadian di Seri Iskandar pada Julai dan Oktober lalu.

Menurut sumber, perbuatan terkutuk suspek itu berlaku di dalam kereta di hadapan balai polis dan tempat letak kereta hadapan sebuah pasar raya di sini.

Kejadian itu terbongkar selepas remaja terbabit memberitahu ibunya baru-baru ini.

“Polis telah merakam percakapan mangsa untuk siasatan lanjut. Turut dirampas telefon bimbit milik mangsa dan suspek,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintenden Hafezul Helmi Hamzah mengesahkan pihaknya menrima laporan berhubung kejadian tersebut pada 20 Januari lalu.

“Polis masih menunggu laporan perubatan mangsa untuk siasatan lanjut. Hasil pemeriksaan mendapati tiada kecederaan luaran pada tubuh remaja tersebut.

“Setakat ini tiada tangkapan dibuat ke atas suspek. Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI