fbpx

Piala Asia: Dua wakil Asia Tenggara tewas bermaruah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Indonesia gagal mencipta kejutan ke atas Jepun sekali gus kekal di kedudukan ketiga Kumpulan D- Foto ihsan AFC

PETALING JAYA – Dua pasukan Asia Tenggara, Indonesia dan Vietnam mempamerkan semangat juang tinggi sebelum ‘tewas bermaruah’ pada aksi terakhir Kumpulan D saingan Piala Asia 2023 sebentar tadi.

Pada perlawanan di Stadium Al Thumama, skuad Sang Garuda dilihat beraksi dengan agak tertekan dalam usaha mara ke peringkat 16 terbaik buat kali pertama tetapi tewas kepada negara pilihan, Jepun dengan keputusan 1-3.

Gol-gol pasukan Jepun dijaringkan oleh Ayase Ueda (dua jaringan) dan gol sendiri pertahanan lawan, Justin Hubner manakala gol saguhati Indonesia dilakukan oleh Sandy Walsh pada masa kecederaan.

Keputusan tersebut menyaksikan Jepun mengesahkan status selaku naib juara Kumpulan D dengan Indonesia kekal di kedudukan ketiga dan belum pasti status layak ke peringkat kalah mati atau sebaliknya.

Sementara itu, Iraq kekalkan status selaku juara Kumpulan D selepas mendapat tentangan sengit daripada Vietnam sebelum berjaya meraih kemenangan 3-2.

Jaguh Asia Barat itu meraih gol menerusi ledakan Ruben Sulaka dan dua jaringan penyerang sensasi, Ayman Hussein.

Skuad Naga Emas yang terpaksa bermain dengan 10 pemain pula berjaya mendapat gol hasil penyudah Bui Hoang Viet Anh dan Nguyen Quang Hai. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI