fbpx

Pengarah LLM, suami kena dakwa salah guna kuasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Norzuriati (dua kiri belakang) dan Syed Rosdi (dua kanan depan) ketika hadir ke Mahkamah Sesyen Shah Alam, hari ini. - Foto oleh AFIQ RAZALI / KOSMO!

SHAH ALAM – Pengarah Bahagian Teknologi Maklumat, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan suaminya dituduh di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan salah guna kuasa serta bersubahat dalam kerja-kerja berkaitan Teknologi Komunikasi Maklumat (ICT).

Norzuriati Zainol Rashid, 44, dan Syed Rosdi Syed Mohd., 46, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Di hadapan Hakim Awang Kerisnada Awang Mahmud, Norzuriati sebagai Ahli Jawatankuasa Teknikal didakwa menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan suapan dengan mengesyorkan sebuah syarikat yang mempunyai kaitan dengan suaminya.

Ia bagi pelaksanaan projek Cadangan Perkhidmatan ICT untuk Kerja-Kerja Penyelenggaraan dan Sokongan Sistem Pengurusan Latihan (E-Latihan) di LLM dengan harga tender RM98,800 dan Kerja-Kerja Menambahbaik Interim Payment Tracking System (IPAYS) Versi 2.0 Kepada Versi 3.0 di LLM bernilai RM212,500.

Syed Rosdi pula didakwa pertuduhan bersubahat dengan isterinya bagi tender RM98,800.

Sementara itu, di hadapan Hakim Anita Harun, Syed Rosdi juga didakwa satu lagi pertuduhan sama atas kerja penambahbaikan IPAYS bernilai RM212,500.

Pasangan suami isteri itu didakwa melakukan kesalahan itu pada 12 September 2019 dan 24 April 2020 di LLM, Wisma Lebuhraya, Hulu Langat.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Siti Amirah Muhammad Ali dan Mohd ‘Afif Ali manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Wan Juhrah Muntek.

Mahkamah menetapkan jaminan RM35,000 kepada Norzuriati sementara Syed Rosdi pula RM20,000 dengan dua penjamin berbeza yang mempunyai alamat tetap di Selangor atau Kuala Lumpur. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI