fbpx

Netizen nak tengok wajah Che Ta tanpa mekap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZAIN mendedahkan dia jatuh cinta dengan isterinya, Che Tak disebabkan wajah wanita itu yang sebarang mekap.

PETALING JAYA – Pelakon Zain Saidin mengakui jatuh cinta dengan isterinya  yang merupakan pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan ketika melihat wajah sebenar aktres tersebut tanpa sebarang solekan di wajahnya.

Ujar pemilik nama penuh Mohamad Zain Mohd. Saidin itu, isterinya sentiasa kelihatan cantik baik ketika memakai alat solek mahupun tidak.

“Kalian sibuk nak tahu macam mana saya terpikat dengan isteri saya.

“Betul saya jatuh cinta dengan Che Ta (Rozita) waktu dia tak pakai sebarang mekap di muka, dia memang jelita,” ujarnya menerusi sebuah video dalam TikTok.

Dalam perkongsian sama, turut dilihat pelakon dan pelawak Lan Pet Pet mengakui kecantikan dramatis berusia 51 tahun itu.

“Amboi, hang Che Ta, pakai mekap pun cantik, tidak pakai mekap pun cantik.

“Untung Zain,” ujarnya berseloroh.

Tinjauan Kosmo! Online  menerusi ruangan komen video mendapati rata-rata netizen senada dengan Zain dan Lan namun ada juga yang teringin melihat wajah ibu kepada tiga cahaya mata itu tanpa secalit alat solek.

“Che Ta memang cantik tapi belanja la satu sekeping gambar tanpa mekap, lama dah tak tengok,” ujar netizen itu.

“Tengok Aisyah anaknya juga memang dah lawa, begitu juga ibunya, memang keturunan cantik-cantik, tapi lama tak tengok gambar Che Ta tanpa mekap, 24 jam pakai bulu mata,” demikian komen seorang lagi pengguna media sosial.

Rozita yang mesra disapa Che Ta itu mendirikan rumah tangga dengan Zain pada 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Aaisyah Dhia Rania yang kini berusia 10 tahun.

Terdahulu, pelakon yang sinonim dengan drama Kiah Pekasam itu turut mempunyai dua orang anak iaitu Ammar Effendy dan Aniq Ezzra hasil perkahwinan bersama suami pertamanya. – KOSMO! ONLINE 



Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI