fbpx

Intan Ladyana rahsia jantina anak kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
INTAN memilih untuk merahsiakan jantina anaknya walaupun usia kandungan sudah mencecah enam bulan. - SYAKIR RADIN.

PETALING JAYA – Usia kandungan sudah mencecah enam bulan, pelakon Intan Ladyana bagaimanapun memilih untuk merahsiakan jantina cahaya mata keduanya itu. 

Kata Intan atau nama sebenarnya, Nurladyana Mohamat Yahaya, dia hanya akan membuat pengumuman menerusi platform sosial media apabila tiba saatnya nanti.

“Jantina anak sudah tahu tetapi rahsia, biar saya dengan suami sahaja tahu, kita mahu buat kejutan.

“Jangan risau nanti kami akan umumkan jantina, mungkin melalui Instagram saya kelak.

“Apapun mohon doakan yang baik-baik untuk saya dan bayi kami, moga dipermudahkan urusan bersalin nanti,” kata Intan, 41. 

Jelasnya lagi, dia mengalami alahan teruk kali ini berbanding kehamilan pertamanya.

Rasa penat juga berganda apatah lagi anak sulungnya masih dalam proses tumbesaran dan tidak boleh berjauhan daripadanya.

“Alahan memang teruk dan lebih sikit berbanding mengandung kali pertama dahulu, tapi semuanya dalam keadaan baik.

“Cuma hamil anak kedua ini, saya kepenatan sikit sebab selain alahan, kena jaga anak sulung yang memang tak boleh nak berenggang langsung.

“Sekarang ini tanggungjawab lebih besar dan keletihan berganda, anak tidur baru saya boleh tidur, sekali gus berbeza dengan kehamilan pertama dahulu yang memang saya dengan suami sahaja,” katanya kepada HibGlam pada tayangan perdana Filem Banglo Seksyen 12, semalam.

Harris dan Intan berkahwin pada 5 Februari 2021 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Evie Khadeeja, 2.

Dalam perkembangan lain, Intan memberitahu dirinya tenang dan tidak berdepan rasa tertekan dengan pelancaran filem pertama arahannya berjudul Banglo Seksyen 12 yang bakal ditayangkan pada 25 Januari nanti. 

Bagaimanapun, dia mengakui lebih  bimbang menunggu  penerimaan penonton terhadap naskhah yang diinspirasikan dari sebuah novel terkenal.  – KOSMO! ONLINE



Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI