fbpx

As’ad Motawh nafi cakap, pergi sekolah perkara buang masa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AS’AD MOTAWH menafikan dakwaan sebilangan pihak bahawa dirinya mengatakan bersekolah itu perkara yang membuang masa.

PETALING JAYA – Penyanyi As’ad Motawh menafikan tuduhan segelintir pihak yang mendakwa dirinya pernah mengeluarkan kenyataan bersekolah itu adalah perkara yang membuang masa.

Mengakui timbul salah faham, pemilik nama penuh As’ad Ahmad Muhammad Motawh itu berkata, kenyataan sebenar yang ingin disampaikan adalah bersifat peribadi dengan hanya berfokuskan dirinya yang tidak gemar pergi sekolah harian.

“Saya tidak pernah berkata ‘awak tidak perlu pergi ke sekolah’. Ayat saya adalah ‘saya bukan seorang manusia yang suka ke sekolah dan saya anggap itu adalah membuang masa’.

“Kenapa saya rasa itu membuang masa? Kerana saya rasa saya ada rezeki untuk menjadi penyanyi dan ikut kaedah pembelajaran di rumah atau ‘homeschooling’.

“Kalau ‘homeschooling’ saya hanya perlu ke sekolah biasa selama enam jam sehari, sebanyak dua kali seminggu.

“Dalam tempoh itu, saya belajar macam-macam ilmu sejak tingkatan 4 dan 5. Sebenarnya saya boleh berbuat demikian (‘homeschooling’) sejak awal lagi, boleh jimat banyak masa,” ujarnya menerusi sebuah podcast.

Menganggap sekolah dari rumah lebih bermanfaat untuk dirinya, pelantun lagu Senyum itu berkata, andai diberi peluang untuk belajar secara ‘homeschooling’ lebih awal, dia akan berbuat demikian.

“Saya secara peribadi merasakan sejak darjah 1 hingga tingkatan 5, itu adalah satu tempoh yang sangat lama. Jadi sebenarnya boleh dipendekkan sebagai salah satu solusi.

“Memendekkan tempoh itu pula membuka peluang saya untuk meneroka perkara lain,” jelasnya lagi.

Terdahulu, ada pihak mendakwa As’ad memberi contoh tidak baik kepada generasi muda seolah-olah ingin memberitahu pergi ke sekolah hanya perkara membuang masa.

Menurutnya dalam kenyataan tersebut, apa yang dipelajari tiada kaitan dengan perkara dilakukan sekarang.

Susulan itu, jejaka berusia 22 tahun itu dikecam teruk selain dilabel bodoh sombong dan belia tidak berkualiti oleh netizen. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI