fbpx

45 tangkapan penagih, pengedar ditangkap di pangsapuri Bukit Raja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar lokasi pangsapuri dan tayar pengadu yang dikatakan dirosakkan penagih dadah.

KLANG – Sebanyak 45 tangkapan melibatkan 40 kes berkaitan dadah berjaya dibuat sekitar kawasan sebuah pangsapuri di Bukit Raja di sini sekali gus menafikan tiada tindakan dilakukan polis seperti ditularkan sebelum ini.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, kesemua serbuan itu dilakukan menerusi Ops Tapis Khas dan Ops Tapis Harian bagi memastikan aktiviti penyalahgunaan dan pengedaran dadah dapat dibanteras.

“Malah bermula 1 Januari hingga semalam, tujuh serbuan dan tangkapan telah dibuat oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat daerah ini terhadap penagih dan pembekal dadah.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 12 (2) dan 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya hari ini.

Terdahulu, tular di laman sosial berhubung hantaran pemilik akaun Twitter yang memuat naik satu tangkap layar dari akaun Facebook Anynomous Vendettaz berkenaan luahan penduduk sebuah pangsapuri yang tidak berpuas hati dengan pihak berkuasa (Anggota Balai Polis Bukit Raja).

Vijaya menegaskan sehingga hari ini pihaknya belum menerima apa-apa laporan daripada mana-mana pihak berkenaan maklumat pengadu diancam dan tayar kenderaannya dibocorkan oleh pengedar dan penagih dadah di kawasan tersebut.

“Operasi dan pemantauan masih giat dilakukan sekitar kawasan pangsapuri sehingga hari ini dan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat menghubungi mana-mana balai polis berhampiran,” katanya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI