fbpx

Penyanyi dihantar jalani rawatan sakit mental

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seramai 30 orang peniaga menerima kunci kios perniagaan, myKIOSK berteknologi hijau masing-masing dari Majlis Perbandaran Manjung (MPM) di Jalan Venice Raya 2, Seri Manjung di sini semalam.

JOHOR BAHRU – Bekas vokalis Exists, Mamat atau nama sebenarnya Mohd. Ali Kamarudin, 46, berharap peminat mendoakan dirinya yang kini berdepan dakwaan kes dadah.

Selain itu, Mamat turut memaklumkan dia akan menjalani rawatan psikiatri di Hospital Psikiatri Permai, di sini bermula hari ini.

“Alhamdulillah, sekarang ni saya tengah hadapi kes 39C (Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya 1952). Selain itu saya juga perlu dihantar ke Pusat Psikiatri untuk mendapatkan rawatan lanjut bermula hari ini.

“Semoga semua peminat dapat beri sokongan yang lebih baik untuk saya agar boleh teruskan dalam aktiviti seni selepas ini, terima kasih,” katanya ringkas ketika keluar meninggalkan mahkamah dalam keadaan bergari.

Terdahulu, Mamat berdepan dua pertuduhan melibatkan kesalahan dadah masing-masing dibawah Seksyen 39C dan Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sementara itu, peguamnya, Azlina Abdul Aziz, pula memberitahu, anak guamnya didakwa atas kesalahan lama iaitu pada 2019 lalu.

“Mamat ditahan bersama seorang rakan pada pukul 2 pagi di Taman Perling, pada 7 Januari lalu. Polis menjalankan pemeriksaan rutin dan mendapati tiada sebarang bahan terlarang dalam milikannya, malahan ujian urin yang dibuat juga negatif.

“Tetapi semasa pemeriksaan lanjut dibuat, polis mendapati Mamat berada dalam senarai dikehendaki atas kesalahan dadah pada tahun 2019, menyebabkan dia ditahan,” katanya kepada pemberita di luar mahkamah.

Tambah Azlina, anak guamnya akan dibawa untuk mendapatkan rawatan psikiatri, bermula hari ini.

“Untuk pengetahuan, Mamat sudah 10 tahun menghidap penyakit mental. Sepanjang tempoh itu dia memang ada makan ubat dan mengambil suntikan.

“Kita tunggu laporan pakar pada 20 Februari depan. Saya percaya Mamat boleh berubah, kita tahu dia banyak kes tetapi saya percaya kepada peluang kedua,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI