fbpx

Scammer umpan jual minyak masak peket harga murah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Orang ramai diminta tidak terperdaya dengan iklan dalam talian yang menawarkan minyak masak peket pada harga jauh lebih rendah berbanding pasaran.

Timbalan Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Fuziah Salleh berkata, aktiviti penipuan itu sedang berleluasa ketika ini.

“Sekarang telah berleluasa aktiviti scam jual minyak masak peket secara ‘online’. Cara memperdaya pembeli telah dikenal pasti oleh penguat kuasa.

“Antaranya membuat iklan umpan dengan harga jauh lebih murah daripada pasaran luar,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Fuziah berkata, setakat ini sebanyak 198 iklan telah dinyahturunkan oleh KPDN hasil aduan orang awam dan tindakan segera penguat kuasa dalam membanteras aktiviti scam tersebut.

Justeru, katanya, orang ramai diminta melaporkan sebarang iklan yang mencurigakan kepada Bahagian Penguatkuasa KPDN.

Kata beliau, laporan boleh dibuat menerusi aplikasi WhatsApp di talian 019-279 4317 / 019-848 8000 atau melalui Portal e-Aduan KPDN iaitu http://eaduan.kpdn.gov.my.

Tambah beliau, laporan boleh juga disalurkan melalui Pusat Panggilan 1-800-886-800, emel kepada [email protected],.aplikasi Ez ADU KPDN atau menghubungi Bilik Gerakan Penguatkuasaan 03-8882 6088 / 6245. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI