fbpx

‘Nak komisyen lebih, kena tambah bayaran lagi’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

JEMPOL – Seorang guru tuisyen di Bahau, di sini, rugi lebih RM3,000 apabila terperdaya dengan tawaran kerja sementara review bil perkhidmatan penerbangan, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superitenden Hoo Chang Hook berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa wanita berusia 29 tahun di Balai Polis Bahau.

Menurutnya, kira-kira pukul 9 malam kelmarin, semasa mangsa berada di rumah, mangsa berminat dengan iklan kerja sementara di facebook Stephy Phang untuk mendapat komisyen dengan cara kongsi review setiap bil syarikat penerbangan.

“Mangsa telah meninggalkan komen dalam Facebook kemudian dihubungi melalui Facebook Messenger serta memberikan nombor telefonnya. Mangsa kemudian dihubungi melalui aplikasi WhatsApp oleh seorang ejen serta dimasukkan ke dalam ‘group’ WhatsApp.

“Wanita itu diberikan akaun bank untuk pembayaran dan diajar kerja yang perlu dilakukan. Kira-kira pukul 1.42 tengah hari, mangsa telah membuat bayaran pertama ke atas sebuah nombor akaun dan seterusnya, empat kali bayaran lagi untuk mendapatkan komisyen yang dijanjikan,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata, mangsa curiga apabila penawar kerja itu masih memintanya membuat bayaran untuk mendapatkan komisyen lebih tinggi.

Ujarnya, merasakan dirinya tertipu, wanita itu kemudian membuat laporan polis setelah kerugian sebanyak RM3,373.60. – KOSMO! ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI