fbpx

Terlalu penat, Wawa Zainal muntah darah di Mekah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelakon Wawa Zainal

PETALING JAYA – Pelakon dan usahawan, Wawa Zainal mengalami muntah darah yang berkemungkinan berpunca keletihan ketika menunaikan ibadah umrah di Mekah.

Menurut Wawa atau nama penuhnya Nur Hawa Zainal Abidin, 32, masalah kesihatan tersebut dihadapi selepas mengalami panas dalam namun bersyukur masih mampu mengerjakan ibadah yang turut ditemani suaminya, Aeril Zafrel.

“Alhamdulillah, selesai menunaikan umrah semalam. Pagi itu, saya rasa sakit sangat memang tak mampu nak bangun.

“Sampai muntah darah. Mungkin sebab panas dalam. Minta doa banyak-banyak supaya sembuh, jadi boleh umrah bersama kumpulan. Alhamdulillah di permudahkan,” katanya dalam InstaStory hari ini.

Menerusi hantaran berbeza, bintang filem 99 Kali Rindu itu turut memuat naik foto keputusan ujian kesihatan kendiri Covid-19, Influenza A dan B, namun bersyukur semuanya negatif.

“Dua kali buat pemeriksaan sebab sakit sendi dan urat yang tak boleh bawa bincang tetapi alhamdulillah keputusannya negatif.

“Mungkin letih sangat sebab bekerja tanpa henti kemudian terus ke sini Mekah untuk menunaikan umrah. Badan pula sudah mencecah 30-an tetapi perasan 20-an dan ingat boleh buat semua benda,” katanya lagi.

Wawa bersama Aeril dan anak ketiganya, Ayya Soffya berangkat ke Tanah Suci pada Khamis lalu bersama kumpulan usahawan yang banyak membantu perniagaan Wawa Cosmetic. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI