fbpx

AFCON: Senegal lunas dendam lama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SARR membuka tirai jaringan buat Senegal ketika mereka membenam Cameroon untuk mengesahkan tempat ke pusingan 16 terbaik. - AFP

ABIDJAN – Pemain sensasi Senegal, Ismaila Sarr mengakui negaranya layak untuk melakar kemenangan bergaya 3-1 ke atas seteru, Cameroon sekali gus menempah tiket ke pusingan kalah mati saingan Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) kali ini.

Pada perlawanan itu, skuad Teranga Lions tenyata berada dalam kelas tersendiri apabila meraih jaringan menerusi ledakan Sarr, Habib Diallo dan kapten, Sadio Mane dengan pasukan lawan meledak gol saguhati hasil sentuhan Jean-Charles Castellitto.

Sarr yang mewakili pasukan Olympique Marseille sangat berpuas hati apabila dapat membantu pasukan meraih kemenangan sekali gus membalas dendam ke atas pasukan Cameroon atas pertemuan edisi 2017.

“Perkara paling penting adalah pasukan sudah layak ke pusingan seterusnya ketika saingan kumpulan masih berbaki satu perlawanan. Keputusan ini juga boleh dianggap sebagai medan membalas dendam buat pasukan kepada Cameroon.

“Saya masih ingat sewaktu edisi 2017 ketika kami menentang mereka pada peringkat suku akhir, pasukan telah beraksi dengan cukup baik tetapi masih gagal meraih kemenangan yang diharapkan,” katanya.

Sementara itu, pengendali Senegal, Aliou Cisse menyeru agar anak-anak buahnya kekal fokus pada perlawanan terakhir menentang Guinea sekiranya berhasrat untuk menamatkan saingan kumpulan di kedudukan teratas.

“Ini adalah keputusan yang cukup positif buat pasukan dalam usaha mempertahankan kejuaraan yang dimenangi dua tahun lalu. Namun, saya tidak mahu fikir terlalu jauh sebaliknya fokus perlu diberikan pada aksi menentang Guinea dahulu,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI