fbpx

Ketua Polis Seoul didakwa dalam insiden rempuhan maut di Itaewon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai memberikan penghormatan kepada tragedi berdarah pada malam sambutan Halloween di luar stesen kereta api bawah tanah di daerah Itaewon, Seoul pada 1 November 2022. - AFP

SEOUL – Ketua Polis Seoul, Kim Kwang-ho didakwa atas tuduhan melakukan kecuaian profesional berhubung insiden kematian hampir 160 orang semasa sambutan Halloween di daerah Itaewon pada Oktober 2022.

Tiada kawalan keselamatan dilakukan ketika berpuluh-puluh ribu orang yang kebanyakannya pengunjung dalam lingkungan usia 20 hingga 30-an membanjiri jalan-jalan sempit di Itaewon pada malam tersebut.

Kwang-ho didakwa atas tuduhan melakukan kecuaian sehingga mengakibatkan kematian, demikian menurut Pejabat Pendakwa Daerah Barat Seoul dalam satu kenyataan semalam.

“Sebagai Ketua Polis Seoul, beliau tidak mengambil langkah perlu seperti mengerahkan pasukan mencukupi dan memastikan penyeliaan dengan betul pada hari kejadian walaupun dapat meramalkan risiko bahaya akibat kesesakan.

“Kwang-ho bersama Ketua Balai Polis Yongsan dan Ketua Pejabat Daerah Yongsan, yang sedang dalam perbicaraan, secara kolektif menyebabkan kematian 158 individu dan kecederaan kepada 312 individu akibat kecuaian profesional,” kata kenyataan itu. 

Kwang-ho merupakan pegawai tertinggi polis yang menghadapi perbicaraan berhubung tragedi itu. Beliau didakwa tanpa ditahan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI